Rainbow Craft ™
rainbow craft
home | profile | product | goodies | message | follow | exit

About Us

Rainbow is a brand new name in handmade industries. We started from a boy who likes to create many types of handmade crafts. He has a lot of ideas and inspirations. He is a creative person. Actually, he is now our leader - Akmal Danial. For the first time he asked us to join him, we declined it. But when he introduced us with lots of handmade craft, we feel it is such fun, interesting and relaxing to do. Moreover, we get many supports from peoples to involve in handmade industries. We have four main members which stand for a leader, accountant, designer and marketing executive. Our leader is Akmal Danial. He is responsible after all activities happen in Rainbow. After that, our accountant and designer is Muhd Fitri. He calculates all the financial and designs our product and website. Then, we also have two marketing executive who are Iqbal Aiman and Muhd Ilham. They are involved in selling and promoting our product. At Rainbow, we are focused on providing handmade services with the highest levels of customer satisfaction – we will do everything we can to meet your expectations. Don't worry about that, crafts are our jobs. Lastly, with a variety of offerings to choose from, we’re sure you’ll be happy with us. Look around our website and if you have any comments or questions, please feel free to contact us. We hope to see you again! Check back later for new updates to our website. There’s much more to come!

Tutorial & Freebies



2 0 1 6
( 0 comments )
Assalamualaikum and hi! We will be back for new stuffs and others so wait for us k!


Rintihan Seorang Lelaki.
( 0 comments )
Assalamualaikum. *kena tukar mood sedih walaupun lagu blog ini agak macam tulah*. Saya nak cerita pengalaman saya. Ramai orang ingat saya ni ehemmm dan nak kena rembat dengan saya apa? Tak pernah jumpa nak cakap macam tu. Agak kurang ajar, bukan? Saya tengok ramai je lelaki sudah mula berkraf? Tokey china buat kain felt tu lelaki juga. Kenapa? Kenapa? Saya berminat dengan kraf ini kerana saya bukan kaki pancing. Tunggu lama-lama, bila balik rumah tak dapat apa-apa. Saya bukan seorang yang boleh tunggu lama. Jadi, bila pertama kali saya lihat orang lain buat kraf. Saya kagum. Yes, saya amat kagum dengan mereka semua. Kesabaran mereka tidak sama dengan orang yang menunggu ikan untuk makan itu. Kesabaran mereka akan muncul apabila mereka berdepan dengan pelanggan dan apabila mereka mula memegang jarum. Bagi saya, ya. Memang susah untuk saya, seorang lelaki untuk menjahit. Tapi bila dah mula macam ketagih pun ada. Tak semua orang minat dengan benda-benda macam ini. Dah saya minat, nak kata apa kan? Dan yang pasal apabila bertemu pelanggan. Uhhhhh, riuh. Mesti ada kekecohan berlaku. Sya sendiri pernah mengalaminya sendiri. Ni nak habakk sikit ni. Cerita dia macam ni ........... itu jelah. Hahhahahaha. Nak saya cerita juga ke? Hhahaha, okay serious. Pada hari pertama saya mula minat dengan kraf apabila saya terjumpa facebook seorang kakak yang berumur 30-an dan hasil tangannya memang gempak! Memang awesome. So, saya terpikat. Dan secara tiba-tiba saya telah di add didalam satu group yang bernama SNC didalam laman sosial, facebook. Dan start dari situ, syaa tengok banyak hasil kraftangan yang menarik. Ini yang buat lagi tertarik ini. So, saya mula berkenalan dengan mereka. Dan pada suatu hari, saya rasa nak sangat jumpa dan berterima kasih kepada beberapa orang kakak-kakak yang berpengalaman didalam group tu yang telah menyumbang saya beberapa barang kraf untuk saya memulakan. Terharu gila. Rasa macam " Ya Allah! " Baiknya hati kakak-kakak ini. Kalau saya boleh bertemu dengan mereka, saya akan ucapkan terima kasih, dan kalau boleh membalas jasa mereka balik. Tapi apakan daya, duduk berjauhan sangat. Dan selepas itu, banyak kraftangan yang telah saya cipta tetapi, yang malangnya tahun yang mula itu adalah tahun saya kena fokus terhadap PMR. Jadi saya terpaksa tinggalkan facebook kerana dipaksa oleh parent saya untuk fokus. Sebelum itu, saya ada juga start order untuk barang-barang kraf ini. Dalam masa yang sama, ramai orang yang tersalah anggap dengan saya semasa saya order itu. Ramai ingat saya main-main. Saya banyak kali mesej tapi ada yang block saya. Saya ada juga kata saya nak beli, dah standby nak transfer, tapi blacklist nama saya dan block. Apakan daya, saya cuma insan biasa. Saya cuma mahu mula mengembangkan bakat. Tak ramai lelaki yang minat dengan benda ini. Betul tak? Inilah dia kisah rintihan seorang lelaki yang baru ingin bermula meniaga secara kecil-kecilan. Sedih kan? Sedih kan? Itulah diaaaaaa. Kalau rasa nak menangis ambil tisu cepat. Nanti habis makeup bagi siapa yang pakai makeup tu. Hahhahaha. Okay, okay. Jangan nangis dah. Saya dah lama maafkan mereka. Saya cuma ingin meminta maaf dekat mereka juga tapi tak ada cara lain, nak buat macam mana kan? Dah tukar mood gembira pula. Malam tadi saya ada buat applique ULTRAMAN. Nak berjam buat bagu beginner macam saya ni.


Boleh message saya dekat facebook ya dan ini pula Luna Brooch seperti yang telah saya update semalam. Buat banyak sikit stok. Hehehe, macam-macam colour ada. Tapi ambil 5 warna je. Hheheh.


Okay, itu sahaja. Selamat tinggal semua! Baiiiii ~


Labels: , , , , , , , ,



Bunga, bunga ~
( 0 comments )
Assalamualaikum semua! How are you? Hahahha, jap jap. Teringat pula pasal applique yang dikatakan nak disiapkan dalam masa 1 hari tuhhh. Cehhhh, ya ya je saya ni. Hahha. Saya mengaku bahawa nak buat applique memang susah. *sedih* by the way saya ada buat bunga baru. Meh beli meh beli ~ Namanya Luna Brooch. Bunga ni mula-mula nampak pelik tapi bila dah di ubahsuai sikit. WOWWW! *puji diri sendiri*. Hahahha. Ini gambarnya.


Cantik kan? Bunga ni ala-ala ros sikit. Namanya Luna sebab entahlah. Saya main letak je. Hehehe. Boleh message saya di facebook saya. Saya bagi  link fb saya ya :- https://www.facebook.com/WhiteContengCraft
Saya ni tak selalu update dekat facebook. Ingat nak guna page tapi banyak sangat halangannya. Hehhe. Boleh add saya atau message terus. Nanti saya reply ya. Bunga ni harganya RM2.50. Ada banyak colour available. Just message me, okay! Bai, dan Assalamualaikum.

Labels: , , , , ,



Busy.
( 0 comments )
Assalamualaikum! Apa khabar semua? Okay. Sebenarnya kerja kraf saya tergendala. Hahahha, tengah fikir jurusan apa nak ambil semua dan harap dapat 9A PMR. Amin. Doakan saya ya. Okay, sebenarnya saya ada masuk contest. First prize dapat Big Shot tuuuuuu. Nak menangis ni, kalau menang haihhh. Dahlah yang contest satu lagi tu macam tak ada harapan. Hahhahaha. Rezeki tak ada, tak apalah. Btw, tahu tak saya hantar apa? Jeng jeng jengggggg.


Comel tak, comel tak? Macam comel je, macam comel je. Hehehe, inilah dua ekor arnab yang saya buat selama dua hari berturut - turut. Kalau nak menang kenalah berusaha kan? Okay siapa nak? Arnab ni? Saya boleh ambil order, kalau nak order boleh message dekat blog ni atau comment je atau pergi FB saya. Add Friend. https://www.facebook.com/WhiteContengCraft . Sekarang tengah proses nak buat applique spongebob, ultraman, powerpuff girl, mickey mouse dengan pooh. Hehehe, nanti saua update ya. Dan bunga pun tengah on the way ni. Nak siapkan banyak jenis dulu baru update. Btw, doakan saya menang ya pertandingan tu. Harap sangat menang first prize, boleh meluaskan lagi perniagaan ni. Itu saja untuk hari ini. Baiiiiiiii ~


made by my mom ^_^


Labels: , , , , ,



Welcome to Rainbow Craft.
( 0 comments )
Assalamualaikum dan hi! Saya Akmal, and just call me Akmal. Seriously, saya tak tahu nak post apa untuk pertama kalinya. Agak awkward disini, kan? Hahahha. Okay, saya ingin memperkenalkan produk-produk yang saya jual disini. Adakah anda semua tahu apa itu Felt? Bukan past tense 'rasa' dalam ENGLISH but felt adalah sejenis kain untuk kita membuat kraf. Actually banyak lagi barang apa kalau nak buat kraf, anda tahu flannel? Itu antara kain yang boleh membuat kraf juga. Saya membuat kraf ini bukanlah sepenuh masa, saya juga masih lagi didalam alam persekolahan. So, masa saya terhad. Okay, kembali balik pada ' FELT ' . Inilah felt yang saya maksudkan :-


Inilah kainnya, cantik bukan? Pelbagai rekacipta anda boleh lakukan dengan kain ini dengan syarat anda pandai menjahit. Kain felt ini boleh didapati di mana-mana kedai. Saya ada jual juga tapi tengok pada stok. Saya takut bila tahun depan masuk asrama, kerja ini akan terbiar. Mak saya pula seorang yang busy, so susahkan? Inilah dugaan daripada-Nya. Sebenarnya banyak lagi barang-barang kraf yang amat cantik dan menarik dan pastinya anda akan tertarik. Saya terpaksa jadikan post ni pendek, sebab busy. Kalau anda tertanya-tanya saya akan upload hasil saya dari semasa ke semasa. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.

xx Akmal Danial xx

Labels: , , , ,